Friday, March 11, 2011

JOM KITA BERSIHKAN PKR DI BBB….

Agak-agaknya bila Bandar Baru Bangi ni nak jadi bandar yang bersih? Dan, mengapa Bandar Baru Bangi tak boleh jadi bersih? Bandar Baru Bangi hanya akan jadi bersih bila pihak berkuasa perbandarannya tidak tidur lena dibuai mimpi.

Tapi, inikah nasib sebuah bandar di dalam sebuah negeri yang dikuasai oleh PKR yang pemimpinnya asyik sibuk dengan politik dan rasuah?

Hari itu saya cadang nak tanya pada YB Dato’ Hassan Ali. Tapi bila dia dah dapat mikrofon, dalam masjid pun dia bantai cakap politik…. Kalau gitu, jom kita semua bersihkan PKR dalam PRU 13. Biar sampai dia orang tonggang langgang bawa lari fail yang berserabut dengan kisah salah perilaku!!! Boleh?

Thursday, January 20, 2011

PAKCIK SPRING RETURN DI BBB

Geli hati betoi. Kalau kita rantau-rantau kat Bandar Baru Bangi, pasti kita terpandang banyak iklan kecil (tanpa lessen) yang disangkutkan kat tiang-tiang lampu trafik. MESEJNYA: SPRING RETURN, UBAT KUAT UNTUK LELAKI… Maksudnya, SPRING RETURN tu pill syahwat le… Untuk si Mat pucoi…

Yang hairannya, kenapa iklan tu banyak terdapat di Bandar Baru Bangi? Ramai ke orang pucoi---MATI PUCUK LAH---kat Bangi? Haaaaaaaaaaaaaaaaa…. Kalau dah tak naik, pakai spring bulldozer pun tak naik jugak!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

MINYAK-O-MINYAK

Semalam ramai mem kawan-kawan saya lintang pukang memburu minyak masak di pasaraya dan pasar mini kan Bandar Baru Bangi. Haram tak dapat satu pun. Dia orang pun cuma masak rebus-rebus je. Kesian kan?

Inilah nasib kita sebagai rakyat. Tapi, sebab Bandar Baru Bangi diperintah PR bukan BN, padan muka dia orang kan? Nak ngadu pada sapa? Pada BN yang sudah diceraikan dalam pilihan raya lalu? Jadi kenalah dia orang ngadu pada PR kot, mana tau dia orang boleh atasi supply minyak masak ni..

Ala, susah-susah, makan je kat kedai. Beryani Mattop ada, asam pedas, gulai kawah ada, kedai nasi lemak kukus ada, sup gearbox pun ada. Apa susah-susah nak buru kedai cari minyak masak?

Wednesday, December 29, 2010

MAWI DAN BANGI

Tak ramai yang tau Mawi menetap di Bandar Baru Bangi. Tak percaya pergilah kedai gunting rambut di Seksyen 8. Mawi cukup kamcing dengan tokey kedai tu. Siap bergambar lagi. Katanya, Mawi menetap di kawasan elit jutawan. Syukur Alhamdulillah!!!  Harap-harap Mawi tak lupakan kampung halamannya di Johor.

Ramai lagi artis dan selebriti menetap kat Bandar Baru Bangi ni. Dahlah gitu, ada juga artis yang niaga kopitiam. Dia pun, katanya, berasal dari Kulai Johor.

Cerita pasal anak Johor, ada dua tokey restoren baryani gam yang berasal dari Batu Pahat. Kaw-kaw baryani dia orang tu. Yang best lagi, dua-duanya dari Kawasan Parlimen Parit Sulong yang sekarang diwakili Dato’ Noraini Ahmad mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia…. Selamat maju jaya anak Johor.

Saturday, December 18, 2010

BANYAK KILANG DI BANGI GUNA PATI

Seorang sahabat beritahu saya, ada kilang di Bangi gunakan khidmat PATI sebab nak maksimumkan untung. Anehnya pihak berkuasa tutup mata rapat-rapat sampai tak nampak hal ini. Kalau ada pun pegawai polis. Mereka pasang jerat dekat kilang, heret PATI ke balai, lepas tu pau dia orang ni cukup-cukup. Lebih kejam lagi, dia orang yang pokai, habis dirogolnya…

Sahabat saya kata, ini kisah benar. Saya kata, ini fitnah. Sahabat saya bersumpah, ini kisah benar. Saya kata, ini fitnah. Yang boleh pastikan hal ni cuma imigresen. Kalau imigresen dia orang tak takut, SPRM perlu betindak biar sampai terkencing polis-polis tu…..

Friday, December 17, 2010

BANGI PERLUKAN KOMPLEKS SHOPPING BERKUALITI

Warga Bandar Baru Bangi cukup maklum pasal kompleks beli-belah yang mediocre di Warta, Kompleks PKNS, dan Kajang Sentral. Adakah ini kerana BBB kawasan majoriti Melayu yang mungkin tidak punya kuasa beli yang tinggi atau pun kerana warga BBB sendiri berpuas hati dengan keadaan yang mediocre sedemikian rupa?

Sampai bila agaknya BBB akan terus daif macam kampung tradisional?

Thursday, December 16, 2010

WARTA-O-WARTA

Hari ini jom kita ke Warta. Setibanya kita ke permukaan bangunan, kita disambut oleh dua stall mamak di kanan dan kiri. Masuk saja bangunan, kita dihalang oleh pelbagai gerai terbuka. Macam-macam ada. Gerai telefon bimbit, gerai permata palsu, gerai kerepek, gerai kitab, dan gerai kaca mata, semua campur aduk. Sesak nafas kita dibuatnya oleh keadaan. Autoriti bandaran agaknya tak faham soal fire hazard atau soal keselamatan jika berlaku kebakaran. Ruang nak ke pasaraya sesak disumbat dengan gerai. Pendek cerita, towkey Warta tu jual ruang habis-haisan sampai keselamatan pelanggan diabaikan secara total.

Macam nil lah kisahnya Bandar Baru Bangi, terlalu mediocre, amat daif. Tapi, Bandar Baru Bangi adalah Bandar terancang. Inikah bahananya kalau pembangunan fizikal tidak disaingi dengan pengkayaan minda dan sikap membangun?