Wednesday, December 29, 2010

MAWI DAN BANGI

Tak ramai yang tau Mawi menetap di Bandar Baru Bangi. Tak percaya pergilah kedai gunting rambut di Seksyen 8. Mawi cukup kamcing dengan tokey kedai tu. Siap bergambar lagi. Katanya, Mawi menetap di kawasan elit jutawan. Syukur Alhamdulillah!!!  Harap-harap Mawi tak lupakan kampung halamannya di Johor.

Ramai lagi artis dan selebriti menetap kat Bandar Baru Bangi ni. Dahlah gitu, ada juga artis yang niaga kopitiam. Dia pun, katanya, berasal dari Kulai Johor.

Cerita pasal anak Johor, ada dua tokey restoren baryani gam yang berasal dari Batu Pahat. Kaw-kaw baryani dia orang tu. Yang best lagi, dua-duanya dari Kawasan Parlimen Parit Sulong yang sekarang diwakili Dato’ Noraini Ahmad mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia…. Selamat maju jaya anak Johor.

Saturday, December 18, 2010

BANYAK KILANG DI BANGI GUNA PATI

Seorang sahabat beritahu saya, ada kilang di Bangi gunakan khidmat PATI sebab nak maksimumkan untung. Anehnya pihak berkuasa tutup mata rapat-rapat sampai tak nampak hal ini. Kalau ada pun pegawai polis. Mereka pasang jerat dekat kilang, heret PATI ke balai, lepas tu pau dia orang ni cukup-cukup. Lebih kejam lagi, dia orang yang pokai, habis dirogolnya…

Sahabat saya kata, ini kisah benar. Saya kata, ini fitnah. Sahabat saya bersumpah, ini kisah benar. Saya kata, ini fitnah. Yang boleh pastikan hal ni cuma imigresen. Kalau imigresen dia orang tak takut, SPRM perlu betindak biar sampai terkencing polis-polis tu…..

Friday, December 17, 2010

BANGI PERLUKAN KOMPLEKS SHOPPING BERKUALITI

Warga Bandar Baru Bangi cukup maklum pasal kompleks beli-belah yang mediocre di Warta, Kompleks PKNS, dan Kajang Sentral. Adakah ini kerana BBB kawasan majoriti Melayu yang mungkin tidak punya kuasa beli yang tinggi atau pun kerana warga BBB sendiri berpuas hati dengan keadaan yang mediocre sedemikian rupa?

Sampai bila agaknya BBB akan terus daif macam kampung tradisional?

Thursday, December 16, 2010

WARTA-O-WARTA

Hari ini jom kita ke Warta. Setibanya kita ke permukaan bangunan, kita disambut oleh dua stall mamak di kanan dan kiri. Masuk saja bangunan, kita dihalang oleh pelbagai gerai terbuka. Macam-macam ada. Gerai telefon bimbit, gerai permata palsu, gerai kerepek, gerai kitab, dan gerai kaca mata, semua campur aduk. Sesak nafas kita dibuatnya oleh keadaan. Autoriti bandaran agaknya tak faham soal fire hazard atau soal keselamatan jika berlaku kebakaran. Ruang nak ke pasaraya sesak disumbat dengan gerai. Pendek cerita, towkey Warta tu jual ruang habis-haisan sampai keselamatan pelanggan diabaikan secara total.

Macam nil lah kisahnya Bandar Baru Bangi, terlalu mediocre, amat daif. Tapi, Bandar Baru Bangi adalah Bandar terancang. Inikah bahananya kalau pembangunan fizikal tidak disaingi dengan pengkayaan minda dan sikap membangun?

Wednesday, December 15, 2010

BBB DAN PENGEMIS REMAJA

Di Bandar Baru Bangi terdapat ramai pengemis remaja. Mereka mendakwa sebagai pelajar daripada luar kawasan yang datang ke BBB untuk mendapatkan derma bagi madarasah atau sekolah masing-masing.

Anehnya, remaja yang berpakaian kemas dan bersongkok ini sentiasa berkeliaran sepanjang masa dan sepanjang minggu. Kalau begitu, adakah mereka pelajar sekolah? Jika begitu, mungkinkah ada sindiket mendalangi peraihan derma ini.

Persoalan ini timbul kerana kerap kali saya terlihat kumpulan remaja ini berkeliaran meraih derma di sekitar stesen minyak, kopitiam,restoren, atau kompleks membeli-bela di Seksyen 9. Setelah senja mereka beredar ke sebuah hotel barjet berhampiran atau pun makan dengan penuh selerea di sebuah restoren berhampiran.

Siapakah dalang mereka, dan mengapakah tidak ada pihak membanteras kegiatan penipuan ini?

Tuesday, December 14, 2010

ADA PENGHUNI SEKSYEN 9 PREJUDIS PADA WARGA APARTMEN

Perumahan Skesyen 9 Bandar Baru  Bangi adalah kawasan kediaman elit pertengahan. Lantas, warganya harus berminda terbuka. Namun segelintir mereka yang berhampiran apartmen agak prejudis. Mereka marah-marah sebab banyak kereta diparking di pinggir jalan akibat kekurangan ruang di kawasan apartmen berkenaan.

Manusia elit ini bersikap demikian kerana beranggapan bahu jalan di sekitar kediaman mereka adalah hak mereka, bukannya hak kerajaan.

Hairan sungguh. Ada juga orang elit yang macam katak bawah tempurung!


Sunday, December 12, 2010

BANDAR UNIVERSITI TANPA KEDAI BUKU

Bribu-ribu pelajar menetap di Bandar Baru Bangi. Tapi, satu kedai buku yang canggih dan berwibawa tak wujud di sini. Adanya cuma kedai buku di Kompleks PKNS Bangi yang hanya melambak-lambak dengan kitab-kitab dan buku teks sekolah rendah dan menengah. Di ruang masuk Warta ada juga orang jual kitab. Di UKM ada kedai buku, tapi terlalu terhad dan daif.

Ini amat menghairankan. Bayangkan sebuah Bandar universiti tanpa kedai buku yang canggih. Di mana silapnya dan siapa punya kesilapan hingga terjadi perkara seperti ini?


Saturday, December 11, 2010

BANGI BANDAR YANG KOTOR

Bandar Baru Bangi bandar yang terancang pembangunannya. Inilah satu-satunya jasa Allahyarham Dato’ Harun Idris selaku MB Selangor. Tapi bandar ini kotor dan terbiar. Plastik bertaburan di jalanraya. Longkang penuh sampah sarap. Lampu jalan banyak yang mati terutama sekali di roundabout. Inikah coraknya bandar yang diperintah oleh pembangkang?

Kalau anda tak percaya, pergilah ke Warta. Depan kompleks beli-belah ni ada belukar penuh dengan sampah sarap dan jadi sarang nyamuk. Tak percaya lagi, check longkang depan deretan kedai di Seksyen 8. Tak percaya lagi, check di depan deretan kedai seksyen 9. Apa dah jadi ni? Inikah coraknya bandar yang dikuasai oleh pembangkang?

Pendek kata, rata-rata di Bandar Baru Bangi kotor. Malu betul sebuah bandar baru dan bandar universiti macam ni keadaannya. Apa kata kalau siswazah UKM keluar ramai-ramai buat gotong royong?

Friday, December 10, 2010

BANGI-O-BANGI UNTUK WARGA BANGI

Bangi-O-Bangi  adalah blog khusus untuk warga Bandar Baru Bangi termasuk pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Anda dipersilakan menghantarkan masalah, pandangan, serta kritikan anda terhadap sesiapa saja ke blog ini untuk diedit dan disiarkan untuk bacaan umum.